Fasa 1
Assalamualaikum.. lamanya x update blog ni. Bukan tahap bersawang dah, anai-anai semua ada ni. :). Ok kali ni nak cerita trip pergi KRABI . Trip ni aku namakan 'Trip Redah kasi pecah'. :)
Assalamualaikum.. lamanya x update blog ni. Bukan tahap bersawang dah, anai-anai semua ada ni. :). Ok kali ni nak cerita trip pergi KRABI . Trip ni aku namakan 'Trip Redah kasi pecah'. :)
Trip dari 20 nov 2016- 23 nov 2016. Tiket dapat harga RM180 return. Boleh dapat harga lagi murah sebenarnya kalau beli setahun awal tapi tiket ni aku beli 2 bulan sebelum pergi so kira murah jugak la.
Jadi sebelum hari kejadian nak bertolak, aku sebagai project manager kene pastikan hotel di tempah. Kang sampai sana ternganga nak walk in. Aku buat perbandingan antara booking.com, agoda dan trivago, yang paling murah adalah dari agoda. Ni aku punya pendapat la. Kang tak memasal kene kecam hakak. Aku nasihatkan kalau nak pilih tiket flight baik ambik waktu pagi. Sampai sana pun pagi dan senang nak arrange perjalanan kat sana. Yela kita ni pergi tempat orang 4 hari je bukan 40 hari.
ok sampai kat airport di krabi. Sampai je sini, lebih baik cari Teksi pergi hotel dan untuk balik nanti. Beli siap siap untuk hari balik. Untuk teksi lebih baik ambik di airport. Jangan ambil di Aonang sebab masa kitorang nak balik ke airport hari last, ada sorang minah salleh ni terkapai2 tunggu teksi dia. Macam aku pergi 4 orang so better ambik teksi. Lagi jimat dan cepat sampai, Kalau ko pergi sorang atau 2 orang naik bas je la. Harga baru 150 baht. Sebut je nama hotel dioarang akan hantar pegi hotel dengan selamatnya.
List To do Bila sampai Airport Krabi
1) Beli simcard - 200baht. Aku beli 1 simcard je . katering untuk 4 orang.
2) Airport Transfer - 550 baht( Pergi)
- 550 baht ( balik) .
3) Pakej lagi murah beli di aonang.
Ha ni la abang teksi yang bawak kami. Sebelum pergi aku ada baca review yang diorang akan berhentikan korang kat 1 kedai ni . ya memang betul beb.
Driver teksi ni akan singgah 1 kedai ni.owner kedai ni akan datang pada kita dan tawarkan pakej pakej pulau . Kitorang memang buat keras je la sebab memang dah plan akan cari pakej kat pantai aonang.
RM 601.20 untuk 2 rumah. Sebenarnya boleh dapat lagi murah dari harga ni. RM30 untuk 1 malam pun boleh dapat. Tapi aku lagi suka rumah bawah macam ni. Malas hakak nak naik tangga. Nak pergi pantai pun boleh jalan kaki je lebih kurang 1km. Nak ke masjid pun tak jauh.
Selepas dah bermalas malasan kat dalam 'Bungalow' tu. kitorang sewa motor untuk cari pakej pegi pulau esok. Ingat ya pakej pulau kene cari sehari awal.
ok lepas dah kenyang kitorang round tepi pantai aonang untuk cari pakej pegi pulau.Hipotesis yang aku dapat buat kat sini 'semakin hampir kedai tu dengan pantai, semakin mahal harga pakejnya'. huhuhu. Jadi cari kedai yang jauh sikit dari pantai.
PHI PHI island - 800 baht + 400 bath (national park)
emerald Pool + gajah - 500 bath
ini harga untuk seorang ya.
Ok bye. nanti sambung fasa 2.
Ok bye. nanti sambung fasa 2.